Sejak lima penggal lepas kerusi Parlimen Beluran disandang oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atas tiket Barisan Nasional (BN).<br /><br />Namun beliau bertindak meninggalkan UMNO untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).<br /><br />Beliau mahu bertanding lagi dan yakin akan mempertahankan kerusi berkenaan berdasarkan kerjasama komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang semakin kukuh.